Saturday, August 22, 2009

puasa TAPI tak solat...!!!!!!!!!

Assalamualikum...
Mari Muhasabah DIRI...!!!!

Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, maka ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), maka para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.

Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).

Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”. Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh Aiyah Saqar, 2/32.
2. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198.
3. Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, 1/149.
4. Yas-alunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah, Dr. Ahmad as-Syirbasi, jilid 4.

Di petik dari HALAQAH.net

Thursday, July 23, 2009

peliharalah HATI..!!!!


Bagaimana untuk mengelak daripada 'hati mati'?

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.


Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Orang yang hatinya mati tidak dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukan. Mereka tidak dapat merasai kemanisan apabila melakukan perkara yang baik.

Ingatlah amaran Allah kepada golongan begini menerusi firman-Nya yang bermaksud:

Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.
(al-Zumar: 22)

Rasulullah SAW bersabda tentang cara bagaimana memastikan hati kita tidak mati. Sabda baginda yang antara lain bermaksud ada lima perkara bagi mengelak hati mati.

Pertama, jangan tinggal majlis-majlis ilmu; jangan tinggal zikir pada Allah.
Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Ketahuilah! Dengan mengingati Allah (zikir) itu tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra'd: 28)

Kedua, jangan lupa membaca al-Quran, jangan tinggal bangun malam untuk qiamullail dan jaga pemakanan daripada yang syubhat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati.

halaqah.net

Saturday, June 27, 2009

snail..?? siput..??


Alhamdulilah....
ku panjatkan syukur kepada ALLAH swt...
atas segala limpah kurnianya....

snail..? siput..?
sebenarnye same je mksudnye 2....
siput(snail) adalah salah satu makhluk ALLAH yg unik...
Maha suci ALLAH...

The word snail is a common name for almost all members of the molluscan class Gastropoda that have coiled shells in the adult stage. When the word snail is used in a general sense, it includes sea snails, land snails and freshwater snails.

Snails lacking a shell or having only a very small one are usually called slugs. Snails that have a broadly conical shell that is not coiled or appears not to be coiled are usually known as limpets.


Snails can be found in a wide range of environments from ditches, deserts, and the abyssal depths of the sea. Although most people are familiar with terrestrial snails, land snails are in the minority. Marine snails have much greater diversity and a greater biomass. The great majority of snail species are marine. Numerous kinds can be found in fresh water and even brackish water. Many snails are herbivorous, though a few land species and many marine species are omnivores or predatory carnivores.

Snails that respire using a lung belong to the group Pulmonata, while those with gills form a paraphyletic group, in other words, snails with gills are divided into a number of taxonomic groups that are not very closely related. Snails with lungs and with gills have diversified widely enough over geological time that a few species with gills can be found on land, numerous species with a lung can be found in freshwater, and a few species with a lung can be found in the sea.

Tapi kan..ape yg ana yg nak smpaikn bkanlah pasal siput sahaja...mari kite same2 berfikir...kite slalu dengar orang selalu kate...

"Kau ni lambat macam siput r.."

siput juge yg jadi mangsa ye...hish2..bnyak hikmah ALLAH ciptakan siput nih...lihatlah dalam kehidupan kite,walaupun siput ni lambat,ia tetap sabar...(itulah fitrah ALLAH ciptakan siput)..

Firman Allah swt...

"(Iaitu) orang-orang yang mengingati ALLAH
sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring
dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan
bumi,seraya berkata...'Ya Tuhan kami,tidaklah kau menciptakan
semua ini sia-sia;Maha suci Engkau,lindungilah kami dari
azab neraka..'
surah al-Imran (ayat 191)

dalam kehidupan kite ALLAH swt telah mewajibkan setiap hamba NYA supaya mendirikan solat..solat adalah perkara pertama yg akan di hisab di akhirat kelak....

kite dtuntut utk melakukan nya dgan bersungguh-sungguh...tapi ramai di antara kita yg melakukan nya ibarat ayam mematuk jagung...

sukarkah utk kita memberikan masa mgkin 15 minit utk bersolat,zikir dan berdoa...kite bnyak menghabiskan masa utk aktiviti keduniaan...kite lupe pada akhirat yg kekal utk selamanya..ana juge lemah...oleh kerana tu,ana nasihatkan diri ini dan sahabat2 sekalian agar sama2 kita berusaha utk menunaikan solat dgan sebaik-baiknya...

Dalam kehidupan juga,kesabaran amat pnting...LIHatlah..bnyaknya kes2 bunuh pada zaman ni...hilangnya kesabaran dalam diri manusia..!!!!

Tabahkan diri dengan setiap dugaan...(insan ni memg lemah lemah lemah sangat....)

sama2 kite nasihat menasihati kpada kesabaran...

Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. (103:1-3)

hilangnya kesabaran menyebabkan manusia lupa apa yg...

DILAKUKAN...

DIUCAP....

Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud:

“Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

ERMMMM...sekali lagi saya berpesan pada diri ini dan sahabat2...
jadilah macam siput....
(opsss...hehehe,bkan siput,tapi fitrah nye yang sabar..)



Sunday, June 21, 2009

Stress...????


Alhamdulilah....
Syukur pada ALLAH swt di atas nikmat dan kurniaannya....

Ermmmmm....
Lame juge tak update blog nih...
tp kan hari ni tpikir plak ttg satu perkara yg
rmai di antara kite mengalaminye....

STRESS!!!!

What Is Stress?

Stress is a feeling that's created when we react to particular events. It's the body's way of rising to a challenge and preparing to meet a tough situation with focus, strength, stamina, and heightened alertness.

Setiap kali ade masalah,rmai sgt insan2 mengalami stress nih...

sebenarnye jike kte sentiasa mengadu pada ALLAH SWT....

InsyALLAH....masalah2 akan selesai...

YG pnting adalah keyakinan kte pada jnji2 NYA......

kepada RAKAN2 yg nak exam 2...bnyk2 kn lah berdoa...tp jgn lupe berusaha....setiap kesusahan yg dberi 2 pasti ade hikmahnye.....dugaan memang bnyk tk org beriman....

Firman ALLAH swt...

"Sesungguhnya pada setiap kesusahan itu ada kesenangan. Maka pada setiap kesusahan itu ada kebaikan" [ Al-Insyirah:5-6 ]

Surah al-ankabut,ayat2-3
apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja)mengatakan:'kami telah beriman', sedangkn mereka tidak dijuji lagi? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yg berdusta.



Sunday, June 14, 2009

Sape nak buat maksiat....!!!!!!

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Ermmm....kite sbgai insan,x pernah terlepas dri dosa...
dsini ana ingin igatkn diri ini dan antum semua,mohonlah
keampunan kepada ALLAH swt...

SEMENTARA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA..!!!!!

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah.”
Baihaqi

Sumber:www.geocities.com/eim83/5nasihat.htm

Kembalinya seorang ulama....


Assalamualaikum, Al-Fatihah buat Ustaz Dr Fathi Yakan yang telah kembali ke rahmatullah hari sabtu, 13hb jun (jam 7.31pm waktu Malaysia). Seorang pendakwah yang telah menghabiskan hidupnya demi ad-Deen tercinta. Moga kita dapat menuruti jejak langkahnya dalam memperjuang dan pertahankan Islam. Mari sama-sama mendoakan roh beliau dirahmati Allah SWT. ameen.

Ketua جبهة العمل الاسلامي, mantan ahli parlimen Lubnan Dr Fathi Yakan meninggal pada usia 76 tahun setelah bergelut dengan penyakitnya.

Dr Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli di Lubnan Utara merupakan salah seorang yang paling penting bagi gerakan Islam di dunia Islam, seorang pengasas gerakan Islam di Lubnan sekitar 50an.


Dia memiliki kerjasama penting untuk memper
kuatkan ideologi Islam dari gerakan Islam di dunia Arab.

Dia melahirkan sejumlah karya, termasuk "Apa ertinya saya menganut Islam" dan "Masalah Dakwah dan Pendakwah" dan "Persepsi yang dinamis dalam kerja-kerja Islam" yang telah diterjemahkan banyak dalam bahasa asing lainnya.

Dia menyertai pilihanraya parlimen pada tahun 1992 dan memenangi kerusi bagi puak sunni di Tripoli. Pada tahun 1992 juga beliau merupakan sa
lah seorang peserta Muktamar Islam Antarabangsa.

Peranannya di Libanon, sebagai seorang yang patriotik
dan menyatukan untuk menghindari perselisihan di antara rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan majoriti dan minoriti.

Friday, June 12, 2009

Bace2...!!!!!!!

Untuk Muslimin...

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34).

Petikan ini dipetik dari “koleksi magik world”…Tajuknya, “Wanita: Akal Senipis Rambutnya”. Sekadar berkongsi, mungkin ada yang telah membacanya… tak pelah, sekadar nak berkongsi…bagi yang tidak pernah baca… hehehe…

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah”

Dengarilah sahabat2ku,
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu,
Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu,
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
Izinkan aku menyentuh hati seorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Agar aku tidak terjatuh dalam cinta dunia... Amin...
Ya Allah peliharalah hambaMu,
Lindungilah cintaku pada seseorang yang telah Kau ciptakan dia untukku dan dilandaskan dengan ikatan syariat,
Sesungguhnya. Aku hambaMu yang sangat lemah dan pada-Mu aku berserah serta memohon perlindungan....

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Kumohon padaMu, tetapkan sahabatku ini dalam Islam, Iman, Taufik, HidayahMu,
Agar kehidupannya sentiasa mendapat redha Mu,
Ku mohon jua agar dimurahkan rzki, dipanjangkan usia dan dijodohkan sahabatku ini dengan perempuan solehah pilihannya juga pilihan Mu...
Ya Allah, kabulkan doaku...(Amin…)

Untuk teman lelaki & perempuan

Hidup ini susah kita duga.. kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang tu, tapi sebenarnya jauh,
Walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia, tapi belum tentu hati dia kita dapat selami...
Mungkin kita dapat buat dia ketawa tapi kita tidak tahu apa maksud senyumannya...
Bila dia menangis, kita sangka kita dapat memujuknya...
Walhal, kehadiran kita langsung tidak disenanginya…
Rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kita berkawan dan siapa lawan…
Sehinggalah sampai satu masa kita jatuh…
Adakah tangan itu menhulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkan...
(sender…)

“Kehidupan kita di dunia ini tidak menjaminkan jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan halanngan.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kembali semula kepada Ilahi.”
(sender...)

“Dan Dialah (Allah) yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu kepada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu”.
(al-an’aam:165)
(sender…)

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

“dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah”…(hadith al-bukhari, muslim, malik, al-tirmizi dan al-nasa’i)
(sender)


Teman,
Jika hari ini. Aku terlau gembira, sedarkanlah aku dengan amaran2 Allah...
Jika aku bersedih tanpa kata kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta...
Jika ku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga...
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
Ajaklah aku meleraikan segera,
Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah...
Dan jika esok aku lena tanpa terjaga, iringilah lenaku dengan kalungan doa...
Berjanjilah wahai teman, ukhwah kita untuk selamanya...
SELAGI ALLAH MENGIZINKAN TEMPOH PEMINJAMANNYA...
(sender…)

Ya Allah, jika dia leka,
Ingatkan dia dengan azab Mu,
Jika dia duka pujuklah dia dengan keindahan syurga Mu,
Jika dia lemah, kuatkan dia dengan ujian Mu,
Jika dia mencari petunjuk, ikatlah dia dengan taliMu,
Jika dia menagih cinta,
Belailah dia dengan kasih Mu, jika dia meletakkan jiwa dijalanMu,
Pelihara dia dalam kemenangan dan syahid di sisi Mu...
(sender...)

Usah mudah percaya,
Pada manisnya kata,
Pada lembutnya bicara,
Pada baiknya bahasa,
Pada cantiknya gaya bahasa,
Kerana tidak mustahil yang dilihat bercahaya,
Sekadar pandangan yang memperdaya,
Usah mudah percaya,
senyum dijadikan perangkap pemikat,
budi dijadikan umpan menjerat,
Di depan mengangkat-angkat..
Dibelakang mengumpat-umpat,
Di luar nampak berkilat,
Di dalam isi berkulat...
Maka usah mudah percaya,
Lagak dan rupa,
Terpedaya oleh mata dan pandangan zahir semata-mata...
(sender...)


UKHWAH ITU INDAH JIKA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH... Saja nak berkongsi dengan semua... Hanya doa2 yang ikhlas dari seorang yang bergelar “SAHABAT” cukup membuatkan kebahagian dan kegembiraan hati orang yang bersilaturrahim dengannya... Doakan den.. Ada tak mana-mana kata-kata yang membuatkan kita TERHARU DIBUATNYA.... Hanya m’type’, m’copy’ dan m’paste’kannya sahaja... Mudah kan...

Tanda-tanda kiamat semakin hampir

Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lg maha penyayang...

Alhmdulilah...ana cume nak sampaikan ape yg perlu....



1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik .a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan

Baitulmuqaddis. " - Sahih Bukhari

Hakikatnya : dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Hakikat : dah nampak dah...


3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terj! terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi² wanita" - Ibnu Majah

Hakikat : S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...


4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Hakikat : memang dah nampak dah...



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak apa! rbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

Hakikat : ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...



6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

Hakikat : boleh kira berapa saja para ulama' yang tinggal...



7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh L!uka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

Hakikat : lihat saja manusia bernama George Bush, Ariel Sharon ....




8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

Hakikat : jiran sesama islam pun tak bertegur sapa...



9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah .a... "Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang"..

Hakikat : fesyen zaman sekarang (tube, spaghetti strap, pergi-string, ala dedah tak habis-habis.). ..


10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Hakikat : tak percaya pergi tengok...


11! ) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

Hakikat : try baca akhbar2 & majalah² yang popular sekarang ini...


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datang! nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

Hakikat : tengok kes peperangan Iraq dan terbaru, iran diheret ke penipuan Amerika dan Britian...




13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²" - Sahih Muslim

Hakikat : Dubai dah turun salji... Mina dah kena banjir...

Adakah sume perkara d atas trdapat keraguan bg antum semua....???
marilah same2 kite berusaha utk mningkatkan iman...
istiqamah dalam melakukan kebaikan...

di manakah kite agak nye di akhirat nnti (takutttttnyeee)
Ya ALLAH.....

Thursday, June 11, 2009

dunia2.....!!!!



Firman Allah swt...

"(Iaitu) orang-orang yang mengingati ALLAH
sambil berdiri,duduk atau dalam keadaan berbaring
dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan
bumi,seraya berkata...'Ya Tuhan kami,tidaklah kau menciptakan
semua ini sia-sia;Maha suci Engkau,lindungilah kami dari
azab neraka..'
surah al-Imran (ayat 191)

Berdasarkan ayat suci di atas dpatlh kite tahu bahawa ALLAH tdak mnciptakan
ssuatu itu sia2....keindahan alam yg memukau,dgn gunung ganang,lautan yg luas terbntang...
x tggal juge flora dan fauna yg berbagai -bagai spesies...

Allah swt telah mengaturkn alam ini dgn begitu indah...bnyknye nikmat yg
dberi oleh Raja Semesta Alam....

Ana bukanlah seorg yg hebat...bahkan ana ni jahil dan lemah....ana cume nak bawa antum
semua berfikir ttg kekuasaan Allah swt..setiap hari kite leka,alpa dgn kehidupan dunia yg
bnyk mengaburi mata..

Kite juge lupe bhawa nikmat yg sementara d dunia ini hanyalah sbagai medium utk
kite mendekatkn diri kpada Allah swt.

Lihatlah,setiap hari ade saje kes2 jenayah..tiada jalan penyelesaian..

Firman Allah swt...

"Mereka di timpa kehinaan di mana saja mereka berada
kecuali jika mereka berpegang dengan tali (agama) Allah
dan hubungan sesama manusia."
surah al-Imran (ayat 112)

Nah,inilah penyelesaian nye...pulanglah kepada agama Allah..
Allah swt telah memberi kite panduan yg terbaik..

Kekayaan yg dikejar x kan membawa ape2 makne kalau kte x berzakat,bersedekah
membantu anak2 yatim...
Kebijaksanaan x kan membawa ape2 makne kalau kite mggunakan utk
membuat maksiat....
Pangkat dan kekuasaan x kan membawa ape2 makne kalau kite menzalimi orang
yg lemah,menipu....

Ana teringat pada hadis Rasulullah saw...
"Dunia ini ibarat makhluk yg di laknat kecuali yang
ada di dalam nya sentiasa ingat kepada Allah swt.."
(H.R at-Tirmidzi & Ibnu Majah)

akhirulkalam...

Ana ingin mengingatkan diri ini dan antum semua...gunalah nikmat2
yg d berikan Allah swt dgn amanah...same2 lah berusaha kearah itu...

tidak mahukah kite berjumpe ALLAH swt d syurga nnti...InsyAllah...



Tuesday, June 9, 2009

Anjing makhluk ALLAH..!!!!!

Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani
oleh setiap orang mukmin.

Pertama :
Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua :
Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya.
Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga :
Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya
dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat :
Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris.
Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima :
Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya
sekalipun dipukul dan dimarah.
Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.
Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam :
Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada
tempat manusia.
Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh :
Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa
marah atau berdendam.
Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan :
Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan
dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.
Inilah tanda-tanda hamba Allah yang kusyuk.

Kesembilan :
Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau mengang
gu makan .Jika diberi
atau tidak diberi,dia diam sahaja.
Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh :
Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak menoleh-noleh ke belakang.
Inilah tanda-tanda orang yang susah.

Kite selalu melihat anjing sbgai binatang yg jijik,
tp x pernah kah kite memikirkan bhawa stiap makhluk ciptaan
yg di cipta ALLAH swt tdak sia2...

MAHA SUCI ALLAH TUHAN YG MEMELIHARA SEKELIAN ALAM....!!!!!!

Monday, June 8, 2009

Alhamdulilah....

syukur ya ALAH........

ana baru abis bercuti.....
seronk duk rumah nih...
sbgai pelajar di MAS
engneering trainng centre(METC)
kami hanya di berikan cuti yg
sekejap je....

kami mule cuti pade 28/5
hingga 7/6.....

kalau nak d bandngkan dgn kawn2 ana
yg len,mreka de cuti yg pnjang....
2-3 bulan.....

tp kan,masalahnye bkan nye cti....
tapi pengisian sewaktu cti 2.....
pde cuti yg lepas pon ana x bnyk ke kelas
agame....kat tmpat ana xde pon...:(

ana rase lemah sgt mase cuti 2....
tp 2 sume dugaan kn....
dan skarg nih,kami dalam shift ptg plak....

mule 12.30tgh hgga 9.00malm...
pas ni sukar juge utk kami ke
surau di apment utk dgr kuliah.....

sbb kuliah agame slalu nye lepas maghrib....

bg ana ni dugaan yg hebat nih....

Moga2 kami sentiasa d limpahi dgn rahmat dan kasih sayg ALLAH...
Ya ALLAH bantulah kami supaya,walau sebesar mane dugaan Mu....
kami akan dapt tempuhinye...

'TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN KEHENDAK MU'

Wednesday, May 27, 2009

Syukur...

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhmdulilah syukur,
Hari ni ana da selamat jawab
exam...

semalam takut betul...
rase mcm da ckup
preparation....hehe

sbelum buat essay td ana
rase gelabah btul....
tp spttnye ana x perlu rase
mcm tue......

kerana sbgai seorang muslim kte
ade ALLAH swt yg mengatur segalanya...
lepas berzikir dan istighfar,

ana rase jiwa ni tenang....
dan Alhmdulilah akhirnya abis
juge jawab....

moga Allah swt mengurniakan kejayaan....

sebagai umat Islam,janganlah kte terlalu mudah utk berputus as....
janganlah kite putus asa dengan rahmat ALLAH swt....

sentiasa lah ingat pada ALLAH swt....
Allah swt yg mengatur segala nya....
kite hanya hamba yg terlalu lemahhhh....
Ya ALLAH ampunilah dakuuuuuuuuuu.....

Tuesday, May 26, 2009

Luasnya Neraka ALLAH swt....

Yazid Arraqqasyi dari Ana s bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya...'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api..
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah..
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s..a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Di Catat oleh ustaz Reza

Sifat Hari Kiamat..

Imam Al-Gazali mengingatkan kita " hendaklah kamu wahai orang-orang yang miskin daripada bekal akhirat dari bekalan yang besar untuk diushakan serta panjang masanya lagi tegas perintahnya, bersangatan huru-haranya serta hisab dan balasanya yang maha adil serta sudah hampir tiba masanya".
Firman Allah dalam surah al-Maarij yang bermaksud " Sesungguhnya sekelian manusia melihat hari kiamat itu jauh lagi pada hal Kami melihatnya ia sudah hampir"
Pada hari kiamat itulah akan diperlihatkan :
1. Langit akan terbelah.
2. Bintang-bintangtelah bertaburan akibat dari goncangan yang kuat.
3. Bintang-bintang yang bbercahaya akab berubah warnanya.
4. Matahari akan terpadam cahayanya.
5. Gunung-ganang akan tercabut dari pasaknya.
6. Awan tidak menurunkan hujan lagi.
7. Laut akan naik gelembung memuntahkan segala isinya serta akan menjadi satu.
8. Binatang akan dikumpulkan dan dibalas akan perbuatanya kemudian dikembalikan menjadi tanah.
9. Neraka jahim akan dinyalakan dengan marak.
10. Syurga kan didekatkan kepada orang-orang yang mukmin.
Pada hari itu gunung-ganang akan menjadi lebur, bumi pula telah terbentang luas seumpama tikar dan tiada lagi gunung-ganang serta bukit-bukau yang menghadang kerataanya.
Pada hari itu kita diperlihatkan bumi akan bergoncang sekuat-kuat goncangan yang tidak tergambar oleh manusia serta akan mengeluarkan isi perutnya segala yang tertanam didalamnya sama ada dari emas, perak mahupun manusia yang telah mati.
Pada hari itulah dikeluarkan manusia dari perkuburan mereka dengan bertaburan semuanya pergi menuju ketempat perhimpunan untuk di Hisab amalanya serta menerima pembalasan dari amal perbuatanya.
Pada hari qiamat itulah akan tercabut gunung-ganang dari pasaknya kemudian ia akan berlaga sesama sendiri hingga menjadi debu maka pada hari itulah berlakunya hari Qiamat.
Langit pula akan terbelah dan runtuh kerana sudah hilang pasak kekuatanya. Segala para Malaikat akan duduk di tepi-tepi dan menjunjung Arys Tuhan yang Maha berkuasa diatas kepala seluruh para malaikat.
Manusia pada hari itu akan dihimpunkan dan tiada seorang pun yang akan terlepas lari serta bersembunyi serta tidak ada sesuatupun amalan yang mampu disembunyikan dari Hakim yang Maha Adil melainkan semuanya didalam perhatian dan pengetahuanNya.
Pada hari tiulah manusia akan menjadi tercengan dan bengang sehingga para ibu yang mengandung akan terberanak, para ibu yang sedang menysuskan anaknya kan terlepas dari dakapanya dan manusia kan kelihatan mabuk terhoyong-hayang bukanya kerana mereka mabuk tetapi mabuk menuju kehancuran kerana azab Allah sedang turun melanda.
Pada hari itu juga orang-orang yang berbuat maksiat tidak boleh bercakap lagi dan tidak akan ditanya lagi akan kelakuan mereka kecuali dipegang jambul atau kakinya kemudian terus dihumban ke neraka yang sedang kehausan penghuninya.
Pada hari itulah manusia akan tahu untung nasib sedndiri samada ditempatkan bersama orang-orang yang mendapat kebaikkan dan kebajikan ayau bersama orang-orang yang mendapat kerugian dan azab.
Wallahualam....disunting dari Kitab Bahrul Mazi jilid 17.

Di Catat oleh ustaz Reza

Tazkirah........

assalamualaikum.........

Ingatlah mati di dalam apa jua keadaan,
Agar kita tidak alpa, jiwa sentiasa subur dengan perasaan cinta dan takutkaan Tuhan.
Kematian itu satu keyakinan dan kepastian yang pasti terjadi.
Mati mesti diingati setiap ketika.

Kerana itu, mati adalah peringatan yang cukup baik. Saat kematian adalah satu masa yang amat dirindui oleh orang-orang yang mencintai Tuhannnya. Itulah jambatan pertemuan antara Khaliq dan hamba. Selepas kematian, setiap manusia akan sendirian, tanpa ayah, ibu, suami atau isteri, keluarga, sanak saudara atau sahabat handaai. Dia sendiri yang akan menanggung nasibnya sendiri.

Dua makhluk yang sangat mentaati Allah akan mempertanyakan amalannya, namun mereka ini TIADA LANGSUNG perasaan BELAS KASIHAN pada orang yang jauh lari dari Tuhan. Setiap amal baik dan buruk, pasti akan disoal..

Sabda Rasulullah SAW..
” Setiap manusia yang mati akan terputus semua amalan, kecuali tiga perkara. Ilmu yang bermanfaat, sedkah dan doa anak yang soleh”…

Aku penuh debar dan sungguh cemas
Menunggu hari kematian
Kerna dia datang tanpa ku ketahui

Aku takut di waktu ketibaan kematian
Aku tidak tahu, di dalam taatnya
Atau di dalam kedurhakaan
Di dalam aku mengingatiNya atau di dalam kelalaian

Di waktu taat, husnul khatimah
Jika di waktu durhaka, suul khatimah

Aduh..cemas aku setiap waktu bila mengingati mati
Kerna aku tidak tahu
Nasibku husnul khatimah atau suul khatimah

Hatiku resah selalu. jiwaku terganggu
tapi orang tidak tahu

Aduh, mati adalah penutup segala-galanya
Apa yang dilakukan dan apa yang dirasakan oleh hati,
Itulah yang dibawa ke akhirat

Di sana segala-galanya dinilai
Jika tersilap, di sana tidak boleh hendak dibetulkan lagi

Tuhan!
Tuhan!
Tuhan!

Hatiku sungguh cemas
Aku harap, matikanlah aku
di waktu aku mentaatiMu
atau di waktu mengingatiMu
Kalau berlaku sebaliknya kerana kelemahanku

..kerana aku ini hambaMu
tidak dapat elak dari kelemahan ini…

Dengan RahmatMu Tuhan
Dengan RahmatMu Tuhan

Ampunkanlah dosa-dosaku
di waktu ini

Bila dosaku Engkau ampunkan
Aku seperti tidak membuat dosa
Maka ringanlah bebanku sewaktu ke sana

Itulah harapanku padaMu Tuhan
di waktu detik kematianku..

Engkau sahajalah yang boleh menyelamatkan aku



Monday, May 25, 2009

UMNO Tolak Islam Tak Salah?




“Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina”.(Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam). Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming.

Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini.Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?

Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.
Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.

Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.” Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa. Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.

Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah? Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?

Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman IT. Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya. Di sana ada kamera digital, adanya “youtube”, ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.

Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang “belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam? Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas “mesra al-Quran” seperti yang ada dalam rancangan “learn a word a day” atau belajarlah satu perkataan satu hari . Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau. Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam disekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60 han. Atau , kita ada IKIM, JAKIM, YADIM, dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap Negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu ;mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam.

Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian. Sikit-sikit menuntut maaf.Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit lapuran polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah. Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitif lah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang. Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya dikalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.

Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.” Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah ?

Sejak kalah di kedua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar kelantan
Tanggal: 7 April 2009

Sunday, May 24, 2009

Syariat,Tarekat,Hakikat,Makrifat

Islam adalah iman , ilmu dan amal .
Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.
Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
batiniah atau rohaniah.

Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama
ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali,
dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah dan
mengagungkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan
terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat
kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban
kerana-Nya.

Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan amalan
lahir. Ilmu batiniah atau rohaniah pula ialah ilmu tasawuf yang
bersangkut paut dengan amalan hati. Amalan sama ada yang lahir atau
yang batin mestilah didorong oleh aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa
cinta dan takut kepada Allah . Barulah amalan itu akan bermakna dan
akan mempunyai erti dan maksud yang betul. Amalan adalah jalan, kaedah
atau cara untuk membukti dan merealisasikan rasa cinta dan rasa takut
kita kepada Allah.

Bila Allah sudah dikenali, barulah kita betul-betul boleh
mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi
matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita
itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan
antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, kenal Allah itu perkara
pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal amalan. Ini
sesuai dengan hadis yang bermaksud : "Awal-awal agama mengenal Allah"

Amalan agama yang tidak didahului oleh rasa cinta dan rasa takut
kepada Allah sudah tentu tidak akan membawa kita kepada-Nya. Sudah
pasti ia didorong oleh perkara-perkara dan kerana-kerana yang lain.
Mungkin kerana mahukan Syurga. Mungkin kerana takutkan Neraka. Mungkin
kerana mahukan pahala dan fadhilat. Walaupun tujuan-tujuan ini tidak
salah kerana ianya sebahagian dari janji-janji Tuhan, tetapi maqamnya
terlalu rendah. Justeru itu hasil dan manfaat dari ibadah seperti ini
juga adalah rendah.

Ibadah yang didorong oleh perkara-perkara seperti ini, walaupun
banyak, tidak akan dapat mengubah akhlak dan peribadi kita. Ia tidak
akan menimbulkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita.
Kerana itu, ia tidak akan mampu menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan
membakar sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati kita. Ini kerana
Tuhan tidak dilibatkan dan tidak dijadikan matlamat dalam ibadah kita.
Kalau Tuhan tidak dilibatkan, maka hati akan kurang berperanan kerana
hati itu wakil Tuhan. Ibadah yang tidak ada Tuhan ini sudah tentu
tidak ada rohnya, tidak ada rasanya dan tidak ada khusyuknya. Bila
hati tidak berperanan, maka tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan
dalam ibadah.

Tambahan pada itu ibadah kerana hendakkan Syurga, pahala dan fadhilat
dan kerana takutkan Neraka ini ada risikonya. Disebabkan Tuhan dan
hati tidak dilibatkan sama dalam ibadah seperti ini, maka ibadah ini
tidak ada kekuatannya. Lama kelamaan, ia akan dicelahi dengan rasa
bosan dan jemu. Sukar hendak diistiqamahkan. Ia juga mudah dihinggapi
penyakit riyak, ujub dan sum'ah. Ini semua akan memusnahkan pahala
ibadah. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan dan niat ibadah itu adalah
untuk dipuji, untuk disanjung, untuk mendapat nama dan glamour, untuk
menunjuk-nunjuk dan kerana sebab-sebab lain yang berbentuk duniawi.
Sudah tentulah ia tidak ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini
akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya berserta dengan
laknat-Nya sekali. Ibadah seperti ini tidak akan mendekatkan seseorang
itu dengan Allah. Malahan dia akan bertambah jauh dari Allah. Dia
berbuat maksiat dan kemungkaran dalam ibadahnya. Lagi banyak dia
beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, rasa diri
mulia, rasa diri baik dan sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi
dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna.

Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada urutan dan susunannya. Ada
"progression" nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia
bermula dengan Syariat , kemudian dengan Tariqat , diikuti pula dengan
hakikat dan diakhiri dengan Makrifat .

Syariat.
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu
bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib
beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal
haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,
kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan
mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita
terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut
sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak
terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti
belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat
biji benih.

Tariqat .
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan
lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh.
Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat
wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang
mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah
pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih
tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok
yang bercabang dan berdaun.

Hakikat.
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan
syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi
sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup
syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat
adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian
maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar , maqam
redha , maqam tawakkal , maqam tawadhuk , maqam syukur dan
berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja
(sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang
berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau
perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat
dengan faham dan dihayati.

Makrifat .
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat
dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang
tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al
Arifbillah .

Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari
yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tariqat itu
terletak dalam kawasan lahir. Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke
dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat
dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana
ia hanya melibatkan usaha lahir.


Artikel Dari Halaqah .net


WASIAT IMAM AL-SYAFII RAHIMAHULLAH


OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI



Ini adalah wasiat Imam al-Syafii rahimahullah kepada Umat Islam supaya berpegang teguh dengan Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah. Wasiat ini diriwayatkan oleh Imam al-Sayuti rahimahullah dalam kitab beliau. Al-Amru bil Ittiba’ wan Nahyu ‘anil Ibtida’:

عن أبي منصور محمد بن علي بن صباح البلدني، قال: هذه وصية الإمام الشافعي رضي الله عنه أوصى بها إلى أصحابه: أن يشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمداً عبده ورسوله، لا نفرق بين أحد من رسله، وأن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له، وبذلك أمرت وأنا أول المسلمين، وأن الله يبعث من في القبور، وأن الجنة حق والنار حق، وأن عذاب النار حق، وأن الحساب حق والميزان والصراط حق، والله عز وجل يجزي العباد بأعمالهم، عليه أحيا وعليه أموت، وعليه أبعث إن شاء الله تعالى، وأن القرآن كلام الله غير مخلوق، وأن الله تعالى يُرى في الآخرة ينظر إليه المؤمنون عياناً جهاراً ويسمعون كلامه، وأنه فوق عرشه، وأن القدر خيره وشره من الله عز وجل لا يكون إلا ما أراد الله وقضاه وقدره، وأن خير الناس بعد رسول الله) : أبو بكر، وعمر، وعثمان، وعلي، رضي الله عنهم. وأتولاهم، وأستغفر لهم، ولأهل الجمل وصفين القاتلين والمقتولين، وجميع أصحاب النبي (، والسمع لأولي الأمر ما داموا يصلون والموالاة لهم، ولا يخرج عليهم بالسيف والخلافة في قريش، وأن كل ما أسكر كثيرة فقليله حرام، والمتعة حرام، وأوصي بتقوى الله عز وجل ولزوم السنة والآثار عن رسول الله ( وأصحابه وترك البدع والأهواء واجتنابها؛ فاتقوا الله ما استطعتم، وعليكم بالجمعة والجماعة ولزوم السنة والإيمان والتفقه في الدين، من حضرني منكم فليلقني لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمداً عبده ورسوله، وتعاهدوا الأظفار والشارب، وإذا احتضرت فإن كانت عندي حائض فلتقم، وأن تطيبوا وتدهنوا.

Maksudnya: Daripada Abu Mansur Muhammad bin Ali bin Sobah al-Baldani katanya: “Ini adalah wasiat Imam al-Syafii radiallahuanhu kepada sahabat-sahabat beliau iaitulah: ‘Hedaklah bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang sebenarnya melainkan Allah sahaja yang tiada sekutu bagiNya dan Muhammad adalah hamba dan pesuruhNya, kita tidak membezakan (dalam Iman) antara seorang Rasul dengan lainnya, dan sesungguhnya solatku, nusuk (ibadah)ku, hidupku, dan matiku hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam yang tiada sekutu bagiNya , demikianlah aku diperintahkan (oleh Allah) dan akulah orang pertama yang menyerah diri, dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupakan semula) ahli kubur, dan syurga itu benar, neraka itu benar, dan hisab itu benar, dan Mizan (Timbangan Amal) itu benar, al-Sirat (Jambatan yang merentang atas neraka menuju syurga) itu benar, dan Allah Taala akan membalas perbuatan hamba-hambaNya, atas pengakuan inilah aku hidup dan mati, dan atasnya juga aku akan dibangkitkan nanti, dan (bersaksi juga) bahawa al-Qur’an itu Kalam Allah bukan Makhluk, dan Allah itu akan dilihat di akhirat di mana orang-orang yang beriman akan melihatNya dengan terang dan jelas serta mendengar Dia berkata-kata, dan Dia berada di atas ArasyNya, dan sesungguhnya Qadar baik dan buruk itu daripada Allah Azza wa Jalla tidak berlaku (dalam alam ini) melainkan apa yang dikehendaki Allah dan dilaksanakanNya dan ditentukanNya, dan sesungguhnya sebaik-baik manusia selepas Rasulullah s.a.w adalah Abu Bakar kemudian Umar kemudian Usman kemudian Ali –reda Allah ke atas semua mereka- dan aku member kesetiaan kepada mereka dan berdoa keampunan untuk mereka dan untuk (Sahabat) yang terlibat dalam peperangan Jamal dan Siffin sama ada yang memulakan perang atau yang diperangi, demikian juga semua Sahabat Nabi, dan (aku beriktikad) dengar dan taat kepada pemimpin selama mereka bersolat dan member kesetiaan kepada mereka dan tidak boleh menentang mereka dengan pedang (memberontak) dan Khilafah itu (asalnya) milik Quraish dan apa yang memabukkan apabila diminum dengan banyak maka sedikitnya juga haram dan (nikah) mutaah itu haram dan aku berwasiat (supaya) bertakwa kepada Allah dan mengikut al-Sunnah dan Asar Rasulullah s.a.w dalam agama serta meninggalkan bidaah dan hawa nafsu serta menjauhinya, bertakwalah kamu kepada Allah sekadar mampu kamu. Dan wajib atas kamu (solat) Jumaat dan Jemaah, mengikut sunnah, Iman, dan memahami (belajar) ilmu agama, sesiapa yang datang kepadaku (dalam keadaan aku nazak) maka hendaklah dia mentalkinkan aku dengan ucapan ‘Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya Muhammad itu hamba dan RasulNya, dan jagalah kuku dan misai kamu (yakni pendekkan) dan apabila aku dalam keadaan nazak sedangkan di sisi ku ada wanita haid maka hendaklah dia bangun (beredar), dan hendaklah kamu (yakni sahabat-sahabatnya) memakai minyak wangi dan memakai minyak (mungkin maksudnya minyak rambut)”.



Faedah daripada Wasiat ini:

Ø Imam al-Syafii rahimahullah adalah bermanhaj Ahli Sunnah wal Jamaah

Ø Beliau beriman sesuai dengan Manhaj Salafi

Ø Beliau Tidak mentakwilkan Sifat seperti Asyairah, Maturidiah, dan lain-lain Ahli Bidaah

Ø Imam al-Syafii rahimahullah juga bukan Syiah atau Rafidah bahkan beliau mencintai semua sahabat Nabi dan mengharamkan nikah Mutaah.

Ø Tidak ada sunnah yang remeh walaupun berkaitan sunan fitrah seperti mengerat kuku, memotong misai, dan mengemas rambut. Semua perintah Nabi s.a.w adalah penting dan perlu dijaga.

Ø Pemerintah terus sah selama dia menunaikan solat dan muslim walaupun fasiq.

Ø Allah s.w.t bersemayam di atas Arasyh yang berada atas daripada Sidratul Muntaha di langit.

Ø Al-Qur’an adalah Kalam (Perkataan) Allah s.w.t dengan sebenarnya.

Ø Awal Wajib atas mukallaf adalah Dua Kalimah Syahadah.

Ø Melihat Allah s.w.t di akhirat itu pasti bagi kaum yang beriman dan demikian juga semua manusia akan bercakap dengan Allah dan Allah bercakap dengannya dan dia mendengar suara Allah s.w.t bercakap.

Ø Arak dan semua minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak diminum adalah haram hukumnya. Demikian juga sama ada dibuat daripada anggur atau lainnya.

Ø Semua yang berlaku dalam alam ini sama ada baik atau buruk adalah berlaku dengan qada dan qadar Allah s.w.t dan ciptaanNya.

Ø Wajib mengikut Manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah yakni Manhaj Salafi.


Artikel Dari Halaqah.net